Semua orang pakai selipar kan? Selipar bukan saja penting dalam kehidupan tau malah selipar lah yang banyak berjasa dekat kita . Mudah jaa, pakai and dah siap. Biasa selipar pakai dekat luar rumah kan? Okey. Ni saya kongsi selipar yang digunakan di dalam bilik tidur. Bahan yang diguna ialah tapak kasut lama yang diubah menjadi "selipar comel". Mudah jaa kan???
A) Bahan yang digunakan:
- Span nipis
- Kain perca
- Gunting
- Hot Glue Gun
- Tapak kasut lama
- Benang dan jarum
- Foam
- Mata “bear”
B) Cara pembuatan
- Mula-mula, lukis bentuk selipar di atas span nipis
- Kemudian, guntingkan bentuk yang telah dilukis sebentar tadi
- Guntingkan juga kain perca menjadi bentuk selipar dan tampalkan kain perca yang telah digunting tadi di atas span nipis
- Selepas itu, jahitkan bahagian tepi selipar bagi nampak lebih kemas
- Selesai menjahit, lukiskan pula bentuk separa D bagi bahagian atas selipar
- Tampalkan juga kain perca di atas kabus yang digunakan untuk bagi bahagian atas selipar itu lebih keras.
- Setelah itu, jahitkan juga bahagian atas selipar tadi sehingga membentuk seperti selipar yang sesuai untuk dijadikan selipar di dalam bilik.

No comments:
Post a Comment