HYE...SELAMAT DATANG.... najwaismpmoral.blogspot.my....

Wednesday, 26 April 2017

KREATIVITI KITAR SEMULA

Kitar semula 


proses mengolah semula bahan buangan untuk menghasilkan barangan yang baru. Kitar semula dapat mengurangkan bahan buangan, mengurangkan penggunaan bahan mentah baru, mengurangkan penggunaan tenaga, mengurangkan pencemaran udara (dari pembakaran), dan pencemaran air (dari tapak perlupusan) dan mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau berbanding penghasilan barang baru dari bahan mentah. Kitar semula adalah komponen utama bagi pengurusan bahan buangan moden dan komponen ketiga bagi pengurangan pembaziran.















IDEA KREATIF KITAR SEMULA

SELIPAR COMEL


Semua orang pakai selipar kan? Selipar bukan saja penting dalam kehidupan tau malah selipar lah yang banyak berjasa dekat kita . Mudah jaa, pakai and dah siap. Biasa selipar pakai dekat luar rumah kan? Okey. Ni saya kongsi selipar yang digunakan di dalam bilik tidur. Bahan yang diguna ialah tapak kasut lama yang diubah menjadi "selipar comel". Mudah jaa kan???


A)  Bahan yang digunakan:
-          Span nipis
-          Kain perca
-          Gunting
-          Hot Glue Gun
-          Tapak kasut lama
-          Benang dan jarum
-          Foam
-          Mata “bear”

B)   Cara pembuatan
- Mula-mula, lukis bentuk selipar di atas span nipis
- Kemudian, guntingkan bentuk yang telah dilukis sebentar tadi
- Guntingkan juga kain perca menjadi bentuk selipar dan tampalkan kain perca yang telah digunting      tadi di atas span nipis
- Selepas itu, jahitkan bahagian tepi selipar bagi nampak lebih kemas
- Selesai menjahit, lukiskan pula bentuk separa D bagi bahagian atas selipar
- Tampalkan juga kain perca di atas kabus yang digunakan untuk bagi bahagian atas selipar itu lebih       keras.
- Setelah itu, jahitkan juga bahagian atas selipar tadi sehingga membentuk seperti selipar yang sesuai    untuk dijadikan selipar di dalam bilik.
Tempat Makan Burung dari Botol Plastik


Okey. Yang mana ada burung tu boleh la cuba buat ni. Tak susah pun. Barang kitar semula jaa pon, tak payah pikir susah-susah nak buat tempat makan burung ni.

Nah langkah-langkahnya:

1.       Cuci botol plastik hingga bersih.
2.   Buat lubang pada bahagian bawah botol minuman tersebut sehingga dua buah sudu dapat masuk dari lubang sebelah kiri ke lubang sebelah kanan botol.
3.   Masukkan sudu tersebut ke dalam lubang yang tersedia. Satu di atas dan satu di bawah. Pastikan sudu tersebut kuat untuk menampung berat burung.
4.       Ikat bahagian atas botol dengan seutas tali yang kuat.
5.       Isi botol dengan makanan burung, lalu tutup botol tersebut.
6.    Gantung tempat makan burung dari botol plastik tersebut di atas pohon atau depan jendela rumah, maka burung-burung akan hinggap di sudu yang terdapat di botol tersebut supaya burung dapat menyentap makanan yang keluar dari celah kecil yang tersisa di lubang pada botol tersebut.

CONTOH KREATIF BARANG KITAR SEMULA

MENGGUNAKAN TAYAR KERETA






 MENGGUNAKAN KOTAK



 MENGGUNAKAN TIN